Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

311  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1957.
Dari Zaid bin Tsabit r.a. bahawa Nabi saw. mengambil suatu tempat di masjid, di dinding dengan tikar dari rumput. Beliau solat di situ beberapa malam, sehingga orang banyak datang pula berkumpul. Kemudian mereka tidak mendengar suara Nabi pada suatu malam dan mereka mengira Nabi telah tidur. Beberapa orang membuat bunyi supaya Nabi datang. Beliau berkata: "Kalau kamu tetap mengerjakan perbuatan yang ku lihat itu, aku cemas akan diwajibkan kepada kamu. Kalau telah diwajibkan, tidak lagi kamu kerjakan. Sebab itu hendaklah kamu solat (sunat) di rumah masing-masing, kerana solat yang paling baik dikerjakan dalam rumah sendiri, kecuali solat fardu."

312  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0217.
Hannad menceritakan kepada kami, Waki' menceritakan kepda kami dari Jafar bin Barhan dari Yazid bin Al Asham dari Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda: "Sungguh aku bermaksud untuk menyuruh para pemudaku untuk mengumpulkan ikatan kayu bakar, kemudian aku menyuruh solat lalu didirikan solat kemudian aku membakar kaum-kaum yang tidak menyaksikan (tidak menghadiri) solat." Abu Isa berkata: Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah bin Mas'ud, Abud Darda', Ibnu Abbas, Mu'adz bin Anas dan Jabir." Abu Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah adalah hadis sahih." Telah diriwayatkan dari tidak hanya seorang dari para sahabat Nabi saw bahawasanya mereka berkata: "Barangsiapa mendengar panggilan (azan) namun ia tidak menjawabnya maka tidak ada solat baginya." Sebahagian ahli ilmu berkata: "Ini atas dasar memberatkan dan menyangatkan dan tidak keringanan (rukhshah) bagi seseorang untuk meninggalkan jama'ah kecuali kerana uzur."

313  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1039.
Abdullah bin Munir menceritakan kepada kami dari Saad bin Amir dari Hammam dari Abu Gharib berkata: "Saya solat bersama Anas bin Malik pada jenazah seorang lelaki, maka dia berdiri di arah kepalanya; kemudian datanglah jenazah perempuan dari orang Quraisy, maka keluarga-keluarganya berkata: "Hai Abu Hamzah (gelar Anas), solatkanlah ia di arah pantatnya". Al Alaa' bin Ziyad berkata: "Seperti itulah saya melihat Rasulullah saw mensolati jenazah perempuan. (Kemudian Al Alaa' bertanya) untuk jenazah lelaki seperti pada tempatmu itu?" Abu Hamzah menjawab: "Ya." maka ketika selesai solat, ia berkata: "Jagalah (ingat-ingatlah ) kalian semua." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Samurah. Abu Isa berkata: "Hadis Anas adalah hadis hasan. Banyak rawi telah meriwayatkannya seperti hadis ini dari Hammam. Wakie' telah meriwayatkan hadis ini dari Hamman, ia salah terima, ia berkata: Dari Ghalib dari Anas dan yang benar dari Abu Ghalib. Abdul Warits bin Said dan yang lainnya telah meriwayatkan hadis ini dari Abu Ghalib seperti riwayat Hammam. Banyak orang-orang berbeza pendapat di dalam nama Abu Ghalib ini, sebahagian rawi berkata: Namanya Nafi' terkadang dipanggil Rafi'. Sebahagian ahli ilmu telah sependapat dengan hadis seperti ini iaitu pendapat Ahmad dan Ishaq semoga Allah merahmatinya.

314  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0531.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Abu 'Awanah memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Ibrahim bin Muhammad bin Al-Muntasyir dan ayahnya dan Habib bin Salim dan An-Nu'man bin Basyir dimana dia berkata: "Pada solat dua hari raya dan solat Jumaat, Nabi s.a.w. membaca Sabbihisma Rabbikal A'laa dan Hal Ataaka Hadiitsul Ghaashiyah; dan kadang-kadang solat hari raya dan Jumaat itu berada pada Satu hari maka beliau juga membaca kedua surat tersebut." Masalah yang sama diriwayatkan pula dan Abu Waqid, Samurah bin Jundub daD Ibnu 'Abbas. Abu 'Isa berkata: "hadis An-Nu'man bin Basyir ini adalah hadis hasan sahih. Demikian juga Sufyan Ats-Tsauri dan Mis'ar meriwayatkan dari Ibrahim bin Muhammad bin Al-Muntasyir seperti hadis Abu 'Awanah. Sedangkan Ibnu 'Uyainah mempunyai pendapat yang berbeza dalam riwayat ini dimana ia meriwayatkannya dan Ibrahim bin Muhammad bin Al-Muntasyir dan ayahnya dan Habib bin Salim dan ayahnya dan An-Nu'man bin Basyir, akan tetapi bagi Habib bin Salim tidak diketahui riwayat yang berasal dan ayahnya. Habib bin Salim adalah pelayan An-Nu'man bin Basyir. Banyak hadis yang diriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir. Diriwayatkan pula dari Ibnu 'Uyainah dan Ibrahim bin Muhammad bin Al-Muntasyir seperti riwayat mereka yang tersebut di atas. Dan juga diriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau membaca Qaaf dan Iqtarabatis Saa'ah pada dua solat hari raya". Asy-Syafi'i juga mempunyai pendapat seperti itu.

315  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0370.
Al-Anshari menceritakan kepada kami, Ma'an memberitahukan kepada kami, Malik bin Anas memberitahukan kepada kami dari Ibnu Syihab dari As Saib bin Yazid dari Al-Muththalib bin Abi Wadaah As Sahmi dari Hafsah isteri Rasulullah saw bahawa dia berkata: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw melakukan solat sunat dengan berdiri sehingga menjelang setahun dari wafat beliau saw, sesungguhnya beliau melakukan solat sunat dengan duduk dan membaca surah dan membaguskan bacaannya sehingga surah itu menjadi surah yang lebih panjang dari surah yang terpanjang". Dalam bab ini terdapat hadis dari Ummi Salamah dan Anas bin Malik. Abu Isa berkata: "Hadis Hafshah adalah hasan sahih". Dan diriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa beliau melakukan solat dimalam hari dengan duduk lalu apabila tersisa dari bacaan beliau kira-kira tiga puluh atau empat puluh ayat, maka beliau berdiri lalu membaca kemudian rukuk kemudian beliau berbuat dirakat yang kedua seperti itu". Dan diriwayatkan daripadanya bahawa beliau melakukan solat dengan duduk lalu apabila beliau membaca sedang beliau berdiri maka beliau rukuk. Dan diriwayatkan dalam sebahagian hadis sujud dengan berdiri dan apabila beliau membaca sedang beliau duduk dan apabila beliau membaca sedang beliau duduk maka beliau rukuk dan sujud dengan duduk." Ahmad dan Ishaq berkata: "Boleh mengamalkan kedua hadis ini." Seolah-olah mereka berpendapat bahawa kedua hadis tersebut sahih serta boleh dipakai sumber hukum.

316  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3480.
Yahya bin Musa dan lain-lainnya menceritakan kepada kami mereka berkata: Umar bin Yunus memberitahukan kepada kami. Ikrimah bin Ammar memberitahukan kepada kami, Yahya bin Abi Katsir memberitahukan kepada kami dia berkata: "Abu Salamah menceritakan kepada kami dia berkata: "Aku bertanya kepada Aisyah: "Dengan doa apa Rasulullah SAW memulai solatnya jika melakukan solat malam?" Dia berkata: "Beliau jika melakukan solat malam memulai solatnya seraya mengucapkan:(Wahai Allah Tuhan bagi malaikat Jibril, Wail dan Israfil yang menciptakan langit dan bumi yang mengetahui sesuatu yang samar dan sesuatu yang nampak. Engkau menghukumi di hari kiamat di antara hamba-hambaMu dalam urusan yang mereka pertengkarkan. Tunjukkanlah aku kebenaran dari pertengkaran. Dengan izinMu, sesungguhnya Engkau berada pada jalan yang lurus) ". Hadis ini adalah hasan gharib.

317  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0525.
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila kamu ragu dalam solat apakah baru tiga ataukah sudah empat rakaat, maka buanglah keraguan dan ambillah yang pasti (iaitu yang sedikit, dalam hal ini tiga). Kemudian sujudlah dua kali sebelum memberi salam. Jika ternyata dia solat lima rakaat, maka solatnya telah genap. Dan ternyata solatnya memang empat rakaat, maka kedua sujudnya itu adalah sebagai penghinaan bagi syaitan."

318  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1230.
Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya: "Rasulullah saw. berangkat dari Arafah. Ketika sampai di suatu bukit, beliau turun hendak buang air kecil dan sesudah itu beliau wuduk dengan sederhana. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Apakah akan solat sekarang?" Jawab beliau, "Belum. Nanti saja pada perhentian yang berikut." Lalu beliau naik kenderaan kembali. Setelah sampai di Muzdalifah beliau turun, lalu wuduk dengan sempurna. Kemudian diqamatkan orang solat Maghrib dan semua orang berhenti di situ. Lalu diqamatkan pula solat Isyak, tanpa solat sunat antara keduanya."

319  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0371.
Berita dari Abu Musa r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang paling besar pahala solatnya, ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur."

320  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0384.
Berita dari Abu Qalabah menceritakan, bahawa Malik bin Huairits r.a. datang kepadanya di masjid, lalu berkata: "Saya akan solat di hadapanmu. Sesungguhnya aku tidak bermaksud hendak solat, tetapi aku sengaja hendak memperlihatkan bagaimana caranya Nabi saw. solat." Saya bertanya kepada Abu Qalabah, "Bagaimana caranya solat?" Jawabnya, "Seperti guru kita ini! Nah, lihatlah! Guru kita itu duduk sebentar sesudah mengangkat kepalanya dari sujud, sebelum terus berdiri daripada rakaat pertama (ke rakaat kedua)."